Search This Blog

Sunday, November 16, 2014

AKU INGIN HAPUSKAN ENGKAU!


Dulu, ketika saya ditimpa musibah yang besar,
Tidak tertanggung beratnya, saat mendapat berita sedih itu,
Yang diterokai oleh saya sendiri, amatlah memedihkan,
Saya berada di awang awangan, kaki tidak berasa jejak ke bumi,
Mata tidak mengeluarkan air mata walau setitis,

Rasa kecewa teramat saat, rasa kepercayaan dikhianati, rasa ditipu,
Tapi saya tidak mengambil langkah bodoh, lari dari masalah, lari dari segalanya,
Sebaliknya saya cuba untuk telan smua itu, dan melupakan segalanya,

Berkat kesabaran saya, Allah hadirkan kehidupan yang lebih baik, yang lebih tenang, dan yang lebih bahagia, kerana semakin hari semakin saya dekat dengan Allah, tidak pernah telintas dalam hati untuk mendapat kehidupan sebaik ini, Allahu perancangan Allah sungguh cantik dan indah,
Kini, saya menghadapi ancaman lain, manusia mana yang tak iri hati kepada manusia lain, cuba cakap?

Lepas bermacam dugaan, ditambah pula sifat manusia yang membelakang kan Allah, melakukan syirik kepada Allah, bermain dengan sihir,santau tidak pernah putus. Saya sangat geram marah! Saudara seislam sanggup buat perbuatan terkutuk mcm tu..

KAMU TAK AKAN BERJAYA SELAGI ALLAH S.W.T TIDAK MENGIZIN KAN..

Saya ada Allah, saya tidak akan bersedih selagi Allah bersama saya…
Buat manusia yang iri hati,dengki, kembalilah kamu kepada jalan yang benar,
Kehidupan ini sementara, bila2 masa Allah boleh tarik nyawa dan mati dalam keadaan yang kufur,
Dosa2 besar lain Allah boleh ampun kan..
Syirik kepada Allah? Melakukan hal khurafat?

"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ...." (72 Surah al-Maidah)

Tepuk dada, tanya iman, muhasabah diri..

No comments:

Post a Comment