Q:“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada
hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
hamba: yeke? okay nak baca lah..
Q:"Sesiapa yang membaca surah Yasin
semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh
itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
hamba: seriusly, nk jadikan amalan la...
Q: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah
dan surah Al Mulk.”
hamba: Rasulullah membacanya, sudah pasti
ada kelebihan pada surah2 ni, nk baca la..
Q:Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah
surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
hamba: Insha Allah nk baca setiap malam utk
pohon rezeki..
Q: Terlalu banyak sebenarnya fadhilat dari
Al-Quran, bilamana kamu membacanya adalah sgt tidak rugi, akan tercatat
kebaikan, tapi istiqamah kah kamu?
hamba: istiqamah? maksudnya?
Q: kalau ikutkan smua kita nk jadikan
amalan lebih2 lagi bila kita tahu fadhilatnya, istiqamah ni kamu lakukan amalan
tu berterusan, bkn sekadar hangat2 tahi ayam..
kita ni manusia, x smua kita boleh buat dlm
satu masa, why not, kita ambil beberapa surah yg tidak berat utk kita utk
jadikan amalan SETIAP HARI, xkisah lah surah apa2 pun..
hamba: oh macm tu, tapi fadhilat
lain2..hurmmm..
Q:
Allah tahu niat hambanya,
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w.
bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan
mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.
Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun
sedikit."
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Jadikan diri ini ikhlas
dlm melakukan ibadah,bukan tergesa2… J
Hamba: baiklah, Insha
Allah ana cuba utk istiqamah dan ikhlas, :’) (crying)