Search This Blog

Tuesday, April 26, 2011

earn money..when??when..??

...disbbkan status skrg nieh masih mengangur...jadi kalu pasl $$$$$..msti korg sensitive sket kan..??hahahah..mmg da dpat agk da...hahahahah..so nk cerite sket mengenai...sensitivity sy terhadapt duit nieh...aritu try la minx keja...satu kedai yg jual brg baby nieh..kejala...cbe teka thn bpe ari jek??9 jek...hik2 malu nk mgaku...sbb byk reson kowt..lagipun time nk benti tuh ade  sbb..coz kene jage aki skit kat hukm..so dalm 9 hari kerja tuh..earn la..RM158.00..hahahah..nk tergelak un ade gak...dah la kerja 9 hari..2 hari separuh keja lak tu..eish2 hangat2 tahi aym tol la...tu la nk kerja sgt...bile da kerja mle la..bising nk benti..duit yg sy dapt tu..sy x gne untuk kegunaan sendirian berhad..sy tunaikan nazar sy..lpas dpat result spm..alhamdulillah..Allah s.w.t..telah makbulkan doa sy selame nie...sy pun mudah je untuk tunaikan naza sy...pastu rezeki sy ad la sket lpas tuh..dapt lagi duit sket dari ayah..time tuh rase bersyukur sgt..hahahha..mne x nye..bpe bulan x de duit poket sendiri...hahahah..sehari demi hari duit tu sy gne sket2 smpaila hbs...hahahaha..skng tgh memikirkan lagi nk dpat duit..pastu terdengar lak..yg yayasan pahng nk kasi RM500.00 kalu dah dapt tawaran u nnti..??eh btol ke nie??ade ke org sng2 jek nk kasi..yee...btol..kalu x cye... tgk bwh nie..sy kasi syratnye...ape lagi happy x terkte la sye bile dpat tau pasl berite nie...pastu sy decide pergi ngn kawan sy ke mentakb kat pejabt umno tye bab surat tawran ipts cmne?smlm makcik tu kasi tau la..kalu dpat surat twarn ipts kne ade resit byarn dulu..bru leh tuntut duit nieh..tpi lain pulak kalu dapt twaran ipts yg under ipta..cnth..dibwah uitm or upm...rasenye dah bleh tuntut duit tu??btol ke..?kalu x silap sya..sy ade gak dapt byk surat ipts yg under uitm ngn upm..tpi sygnye..sy x bwk pulak surt twarn tu smlm..so xdpat la nk decide pepe...makcik tu suh bwk dlu surat tawaran tuh...k..sy nie mmg x sbr sket bab2 duit nieh..hahahah..nie tgh tggu 28.4 nieh check mtrix o9...kalu dpat leh tuntt jek duit..waaa...bestnye..hik2...mate duitan btola la,,,hahaha..mastila..kite skng kene bemate duitan...okla..mals nk mmbebel lagi..sy kasi syart2 nk dpat duit RM 500 tu..



Geran Bantuan Pelajar ke IPT
PENGENALAN
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.


KRITERIA


1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;


i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.
iii. Mestilah 2 orang daripada ibu atau bapa dan pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia.


2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM 2010.


3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi buat kali pertama dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S.


4. Borang permohonan boleh dimuat dari laman web ini atau boleh didapati di pejabat YB ADUN, pejabat penghulu atau kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang.


5. Bayaran secara tunai akan hanya dibuat sekiranya pelajar datang sendiri ke YP dengan membawa bersama-sama dokumen berikut (salinan hendaklah disahkan benar) :-


Sekeping gambar berukuran passport
Surat tawaran asal dari IPTA/S dan salinan yang disahkan
Kad pengenalan asal dan salinan yang disahkan
Salinan kad pengenalan ibubapa
Surat pengesahan bermastautin (sekiranya berkaitan)
Sijil SPM/STPM asal dan salinan yang disahkan
Resit bayaran /yuran pendaftaran bagi pelajar-pelajar Kolej Swasta
Sekiranya tiada resit bayaran pendaftaran, pelajar dikehendaki mengemukakan surat akuan telah mendaftar dari pihak IPTS tersebut.
6. Bantuan dikhususkan kepada pelajar yang baru memulakan pengajian buat kali pertama di peringkat Pra-Diploma, Diploma, Asasi atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S berikut:-


a) 20 IPTA :


Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) - dulu KUKTEM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - dulu KUSTEM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - dulu KUiTTHO
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - dulu KUTKM
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - dulu KUKUM
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) - dulu KUSZA
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - dulu ATMA
b) 8 IPTS :


Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
c) Program Pra-Diploma UiTM


d) Program Sijil Kemahiran dan diploma di Kolej Antarabangsa IKIP.


e) Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


f) Sijil/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


g) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma francais/usahasama/kawal selia/berkembar dengan Universiti-universiti Awam tempatan sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.


h) Kolej-kolej dibawah Kerajaan /Yayasan Negeri bagi peringkat Diploma dan Ijazah di seluruh Malaysia menepati syarat kriteria No. 6 (g).


i) PSDC dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bagi peringkat Diploma sahaja.


j) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Matrikulasi Kolej Swasta yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.


k) Program persediaan ke luar negara tajaan kerajaan (JPA/MARA/FELDA/PETRONAS, dsb) seperti program South Australian Matriculation dan A-Level.


l) Kes permohonan Skim Pelajar Cemerlang IPTA/S dengan menggunakan slip percubaan SPM, hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Yayasan Pahang dan Keputusan adalah muktamad.


m) Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


n) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.


7. Kelulusan permohonan akan dibuat oleh Pengurusan YP. Keputusan pegawai yang bertugas adalah muktamad dan tiada kes-kes rayuan bagi permohonan ini.


8. Pengesahan borang(di ruangan E) dari Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP atau Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu hendaklah diperolehi.


9. Program separuh masa, Pra-diploma IPTS, lepasan Matrikulasi KPM, lepasan diploma dan lepasan ijazah tidak layak memohon geran ini.


10. Senarai yang tidak layak memohon Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang:-


i) Semua institut perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau program berkembar,


ii) Diploma Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia,


iii) Semua institusi pengajian di bawah Jabatan Tenaga Rakyat (ILP, ADTEC, JMTI, CIAST dan sebagainya),


iv) Akademi Laut Malaysia (ALAM),


v) Institut Kemahiran Belia (IKBN & IKTBN dan sebagainya),


vi) Pusat Kemahiran MARA (IKM, Giat MARA dan sebagainya),


vii) Kolej Professional MARA







Friday, February 18, 2011

I HAVE A PRIDE AS A WOMEN...




"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Tuesday, February 15, 2011

GaMbaRan HaRi KiAmAt..sebAgAi PeRiNGaTaN uNTuk seMuA mUsLiM...

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.  

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.  

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.  

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.  

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.  

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.  

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.  

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.  

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.  

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:  
- Pemimpin yang adil.  
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.  
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.  
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.  
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".  
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).  
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.  

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.  

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.  
 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.  

 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.  

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.  

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.  

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.  

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.  

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.  

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.  

 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.  

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.  

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.  

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.  

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :  
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.  
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.  
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.  
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)   

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.  

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.  

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.  

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.  

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
 Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, February 14, 2011

selawat ke atas nabi..













1- Cahaya Selawat



Lirik:
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

2- Junjungan Mulia


Lirik:
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saiadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saiadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti
(ulang rangkap 1 & 2)
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia



3- Ya Nabi Salamun Alaika


Lirik:

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik


Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)

Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami