Search This Blog

Thursday, August 28, 2014

I.S.T.I.Q.A.M.A.H SAYANGKU :)



Q:“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.” 

hamba: yeke? okay nak baca lah..

Q:"Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

hamba: seriusly, nk jadikan amalan la...

Q: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

hamba: Rasulullah membacanya, sudah pasti ada kelebihan pada surah2 ni, nk baca la..

Q:Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

hamba: Insha Allah nk baca setiap malam utk pohon rezeki..

Q: Terlalu banyak sebenarnya fadhilat dari Al-Quran, bilamana kamu membacanya adalah sgt tidak rugi, akan tercatat kebaikan, tapi istiqamah kah kamu?

hamba: istiqamah? maksudnya?

Q: kalau ikutkan smua kita nk jadikan amalan lebih2 lagi bila kita tahu fadhilatnya, istiqamah ni kamu lakukan amalan tu berterusan, bkn sekadar hangat2 tahi ayam..
kita ni manusia, x smua kita boleh buat dlm satu masa, why not, kita ambil beberapa surah yg tidak berat utk kita utk jadikan amalan SETIAP HARI, xkisah lah surah apa2 pun..

hamba: oh macm tu, tapi fadhilat lain2..hurmmm..
Q: Allah tahu niat hambanya,
 Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadikan diri ini ikhlas dlm melakukan ibadah,bukan tergesa2… J

Hamba: baiklah, Insha Allah ana cuba utk istiqamah dan ikhlas, :’) (crying)

No comments:

Post a Comment